EMPAT (4) PROJEK TEBATAN BANJIR DI PULAU PINANG SIAP

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)

Empat (4) daripada lapan (8) projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berimpak tinggi dengan keseluruhan kos bernilai RM150 juta sudah disiapkan di Pulau Pinang setakat ini. Ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri mengurangkan 80 peratus di 63 lokasi berisiko banjir di Pulau Pinang menjelang 2030.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, terkini ia membabitkan pembinaan dua rumah pam masing-masing dengan kapasiti enam dan tujuh meter padu sesaat bernilai RM16.5 juta di lembangan Sungai Nipah, Taman Iping di sini, yang membabitkan 2,000 penduduk meliputi kawasan 3.2 kilometer persegi.

Menurut Ketua Menteri itu lagi, satu lagi projek RTB Bayan Baru dijangka selesai dalam masa terdekat, manakala RTB Sungai Tiram dan Kolam Takungan Alma masih dalam fasa pembinaan selain RTB Permatang Rawa yang kini di peringkat proses reka bentuk semula.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana meluluskan projek RTB Sungai Pinang di Timur Laut, RTB Taman Siakap di Seberang Perai Tengah serta RTB Sungai Kecil di Seberang Perai Selatan dan berharap pelaksanaannya dapat dimulakan tahun ini.

Masih terdapat beberapa projek RTB yang masih dalam peringkat kajian dan reka bentuk menggunakan peruntukan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang sedang dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta berharap ia dapat dilengkapkan mengikut jadual dan disusuli dengan peringkat pembinaan.

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

𝗪𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗖𝗔𝗞 – 𝗠𝗔𝗟𝗕𝗔𝗧𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) MALBATT Sebuah …
Maklumat Lanjut

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut