MKN MELAKA TERIMA ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN TAHUN 2021

PUTRAJAYA, 9 Jun – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka telah menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 bagi Kategori Jabatan Persekutuan Peringkat Negeri di Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. Konvensyen ini  dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara dan turut menyampaikan anugerah tersebut.

Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) merupakan program khas yang diperkenalkan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara melalui perutusan semasa Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 bagi memberi pengiktirafan ke atas tadbir urus terbaik di peringkat kementerian, Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan, Jabatan Persekutuan Peringkat Negeri dan Jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Tujuan pelaksanaan AKKP adalah untuk mewujudkan persaingan bagi meningkatkan komitmen Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan agar sentiasa konsisten dalam mengamal, melaksana dan menguatkuasakan keselamatan perlindungan di tahap yang terbaik sehingga diberi pengiktirafan di peringkat tertinggi.

Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka iaitu Tuan Mohd Nasrul bin Menhat hadir bagi menerima anugerah tersebut. Turut hadir, YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md. Saad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara. Konvensyen anjuran Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) pada tahun ini adalah bertemakan “Keselamatan Perlindungan Pemangkin Revolusi Digital Negara”.

#MKNMelaka

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …