KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN BERANGKAT KE TASKA GENIUS PERPADUAN, TAMAN SRI RAMPAI, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2022 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Taska Genius Perpaduan, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mus’tain Billah.

Dalam lawatan ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima sembah taklimat berkenaan perjalanan operasi Taska Genius Perpaduan, Taman Sri Rampai daripada YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan cek sumbangan RM30,000 kepada Kementerian Perpaduan Negara yang diserahkan kepada YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara.

Turut hadir juga ialah YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sumber: Laman FB Jabatan Perdana Menteri

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …