MALAYSIA KESAN DUA SUB VARIAN OMICRON

Malaysia telah mengesan dua kes BA.5 dan satu BA.2.12.1, yang merupakan sub varian Omicron.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ini merupakan kali pertama varian itu di kesan dalam negara.

“Kedua-dua telah dikategorikan oleh WHO (Organisasi Kesihatan dunia) sebagai VOC-LUM (jenis di bawah pemerhatian) di bawah varian Omicron. Setakat ini, faktor risiko kekal sama,” katanya dalam ciapannya hari ini.

Kedua-dua varian telah dilaporan sebagai versi untuk lebih mudah berjangkit berbanding virus asal SARS-CoV-2.

Sementara itu Khairy dalam video yang dimuat naik dalam Twitter WHO hari ini berkata Malaysia telah memastikan perancangan yang disediakan Kementerian Kesihatan bagi orang ramai memutuskan untuk sama ada mereka divaksin atau tidak (untuk Covid-19), adalah semudah mungkin.

“Kementerian Kesihatan tahu bahawa akan ada keraguan (dalam mendapatkan vaksin Covid-19). Permudahkan (vaksinasi) untuk mereka (rakyat Malaysia), buat ia boleh difahami, terjemahkannya kepada seberapa banyak dialek yang mungkin, dapatkan petugas kesihatan pergi ke komuniti yang terpinggir jauh di pedalaman untuk membawa vaksin kepada mereka,” katanya.

Khairy berkata perkara itu bukan sahaja mengenai berkomunikasi tetapi ia berkaitan untuk membuat orang ramai mengubah tingkah laku mereka, menyesuaikan tingkah laku mereka lebih daripada COVID-19, sains tingkah laku sebenarnya adalah barisan pertahanan pertama untuk penjagaan kesihatan awam.

“Jika anda boleh membuat orang berkelakuan berbeza untuk mempunyai tabiat menjaga kesihatan, untuk pergi mendapatkan vaksinasi mereka, maka ini akan memperkuatkan semua perkara dalam sistem penjagaan kesihatan,” katanya.

Khairy menjawab soalan mengenai bagaimana Malaysia menggunakan sains tingkah laku dalam kempen vaksinasi Covid-19.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …