MBPP MENZAHIRKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA POLIS DIRAJA MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Integrasi Nasional)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang yang komited menggalas tanggungjawab serta amanah dalam memantau dan mengawal keselamatan orang awam di seluruh Pulau terutamanya pada “peak season” seperti cuti perayaan dan cuti persekolahan.

Justeru itu, YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar MBPP pada hari ini amat berbesar hati dapat meluangkan masa mengadakan lawatan ke Balai Polis Batu Feringghi bagi memastikan kerjasama antara MBPP dan PDRM dapat diperkasakan terutamanya dalam menangani isu-isu yang dihadapi di kawasan pelancongan seperti Batu Ferringhi. YBhg. Dato‘ Yew juga berkesempatan melawat ke Pusat Kawalan Litar Tertutup (CCTV) Balai Polis Batu Ferringhi yang dipautkan serentak dengan Intelligent Operations Centre (IOC) MBPP yang berpusat di KOMTAR dan juga di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang.

MBPP akan terus memperkasakan lagi hubungan dua hala dan kerjasama dengan pihak PDRM melalui kaedah penggunaan teknologi pintar (Smart Technology) terkini seperti pemantauan melalui CCTV dalam memastikan keselamatan orang awam berada di tahap terbaik.

Sumber : MBPP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …