PELUPUSAN BOT NELAYAN ASING VIETNAM DI PERAIRAN TERENGGANU SEBAGAI TUKUN

——————————————————————————————————————
KUALA TERENGGANU, 9 JUN 2022
——————————————————————————————————————
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu menenggelamkan bot nelayan Vietnam yang dilucut hak untuk dijadikan tukun tiruan berhampiran perairan Pulau Kapas, pagi tadi. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, bot-bot ini telah ditahan melalui OP NAGA BARAT dan OP KUDA LAUT yang turut melibatkan penahanan semua kru bot termasuk tekong warga Vietnam. Bot nelayan Vietnam itu ditahan serta dilucut hak oleh mahkamah tahun lepas atas kesalahan menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara.
.
Pelupusan bot-bot ini sebagai tukun tiruan merupakan tindakan tegas Maritim Malaysia dalam memerangi pencerobohan bot nelayan asing terutamanya dari Vietnam. Kesemua bot disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) dan 16(3) Akta Perikanan 1985, memasuki perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pegarah Perikanan Malaysia.
Sehingga kini terdapat sebanyak 51 buah bot masih berada di Pusat Tahanan Vesel (PTV) Maritim Negeri Terengganu, PTV Zon Maritim Kemaman dan PTV Bukit Datu. Maritim Negeri Terengganu telah menenggelamkan 131 bot nelayan asing dengan anggaran nilai RM196.5 juta, sebagai tukun di sepanjang perairan Terengganu.
.
Kaedah penenggelaman sebagai tukun merupakan satu inisiatif dalam memulihara, menggalakkan biodiversiti marin, meningkatkan sektor pelancongan terutamanya aktiviti rekreasi selam serta simbolik kepada keseriusan Maritim Malaysia mengekang serta membanteras kemasukan nelayan asing ke perairan negara. Program pelupusan bot ini turut mendapat kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia, Taman Laut serta Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT).
.
Maritim Malaysia akan terus melaksanakan rondaan bagi mengesan serta memerangi isu pencerobohan nelayan asing dan juga aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang di sekitar perairan Terengganu.
Maritim Malaysia meminta kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat perlakuan melanggar undang-undang dan kejadian kecemasan yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999.
NILAI TERAS KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH
PENCEROBOHAN DAN PEMBOLOSAN SEMPADAN
 

 

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut