MAIWP DAN GOOGLE CLOUD MALAYSIA – JALIN KERJASAMA REALISASI PELAN TINDAKAN DIGITAL MAIWP

KUALA LUMPUR, 8 JUN 2022 – MAIWP telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Google Cloud Malaysia merealisasikan inisiatif di bawah inisiatif Pelan Tindakan Digital MAIWP. MAIWP telah memulakan inisiatif Pelan Tindakan Digital MAIWP – (MAIWP Digital Blueprint) bertujuan meningkatkan penggunaan teknologi di MAIWP.

Google Cloud Malaysia memainkan peranan penting dalam peningkatan perkhidmatan pendidikan digital yang ditawarkan oleh MAIWP melalui MAIWP Digital Education Centre (MAIDEC), sebuah pusat yang dibangunkan oleh University College MAIWP International (UCMI), yang dahulunya dikenali sebagai PICOMS.

Majlis MOU ini telah menyaksikan pertukaran dokumen oleh Encik Mahadi Sukarno, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP dan Raja Azmi Adam, Pengarah Sektor Awam Google Cloud Malaysia. Turut hadir menyaksikan detik bersejarah ini, Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Pengarah Google Malaysia, Marc Woo dan Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIWP merangkap Ahli MAIWP di ibu pejabat Google Malaysia.

Melalui pengurusan akses, pengurusan peranti, perlindungan data dan keupayaan penyulitan data, Google Workspace for Education turut membantu institusi pendidikan mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan terjamin.

MAIWP melalui MAIWP Digital Education Center (MAIDEC) telah merangka program ekstensif bersama GOOGLE. Antaranya satu bengkel teknologi MAIWP akan diadakan dalam masa terdekat ini, bagi Google dan MAIWP duduk bersama, merencanakan solusi teknologi terbaik bagi peningkatan operasi.

Pelajar di institusi pendidikan MAIWP serta anak-anak tajaan MAIWP akan diberikan akses penggunaan Google Workspace Education Plus, yang memberikan akses kepada alat pembelajaran yang mudah digunakan dan selamat untuk pembelajaran, kolaborasi, dan komunikasi.

 

SUMBER: FB MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq

Artikel/Berita Terkini

Pagi Lebih Tenang, Perjalanan Lebih Selamat: Adakah Konsep Slow Morning Praktikal?

Konsep “slow morning” semakin popular sebagai satu pendekatan untuk memulakan hari dengan lebih tenang dan teratur. Rutin ini lazimnya melibatkan …

Keselamatan Ergonomik di Tempat Kerja: Mencegah Sakit Leher dan Belakang

Keselamatan di tempat kerja bukan sahaja berkaitan dengan pencegahan kemalangan tetapi juga merangkumi penjagaan kesihatan fizikal pekerja. Salah satu masalah …

Adakah Dron sebagai Satu Ancaman?

Penggunaan dron semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan kini dimanfaatkan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, pemantauan, fotografi, penghantaran barangan …