PENGUNJUNG DINASIHATI AGAR BERHATI-HATI DENGAN ‘SCAMMER’ HOMESTAY

————————————————————————————————-

KUALA TERENGGANU, 9 JUN 2022

————————————————————————————————-

Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun dan nombor talian individu yang menawarkan pakej penginapan inap desa tidak wujud di daerah ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Superintendan M Zambri Mahmud berkata, ia susulan laporan polis dibuat mangsa berusia 25 tahun pada 3 Jun lalu selepas menjadi mangsa penipuan apabila inap desa yang dijanjikan tidak wujud. Sebelum ini tular di laman sosial Facebook mengenai keluarga membuat pembayaran untuk menginap di sebuah inap desa di daerah ini namun sebaik tiba dilokasi mendapati rumah terbabit tidak wujud.

Beliau berkata, kejadian bermula apabila mangsa menerima pesanan melalui telefon bimbitnya daripada suspek yang menyatakan dia pemilik sebuah inap desadi Jalan Pasir Panjang, di sini. Hasil perbincangan, mangsa membuat pembayaran secara dalam talian sebanyak RM221.50 dan pergi ke inap desa terbabit hari yang sama untuk menginap namun mendapati ia tidak wujud.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Orang ramai sentiasa dinasihatkan agar membuat semakan dan penilaian terlebih dahulu sebelum berurusan dengan secara atas talian ini bagi mengelak dari menjadi mangsa penipuan.

KESELAMATAN SIBER DAN TEKNOLOGI

NILAI TERAS KESELAMATAN RAKYAT (JENAYAH SIBER)

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut