?????????? ???????? ?????????? ?????? ?????? (????) ????????? ??????? ????? ???? ???

Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Hj Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan memulakan lawatan rasminya ke Malaysia dengan Kunjungan Hormat beliau kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM di Wisma Pertahananan hari ini.
Ketibaan beliau di sambut oleh Jeneral Tan Sri Affendi serta Panglima-Panglima Perkhidmatan dan seterusnya diberikan penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) seramai 3 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat di ketuai oleh Mejar Nurul bin Md Sabri.
Seusai memeriksa perbarisan, beliau telah diperkenalkan dengan Pegawai-pegawai Kanan ATM sebelum di bawa ke Ruang Perkasa bagi sesi kunjungan hormat rasmi berkenaan.
Sesi lawatan rasmi Pemerintah ABDB ini turut akan melibatkan lawatan ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Sg. Besi dan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) di Putrajaya.
Lawatan Rasmi dari kepimpinan tertinggi ABDB ini juga merupakan pertama bagi Angkatan Tentera Malaysia sejak negara melalui fasa Endemik bermula 1 April yang lalu.
Sesunguhnya lawatan rasmi ini menyokong Teras Ke-4 dalam Perintah Ulung Jeneral Tan Sri Affendi sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-21 dalam Menterjemahkan Kertas Putih Pertahanan melalui pemerkasaan hubungan pertahanan antarabangsa.
SUMBER: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut