PENOLONG AKAUNTAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH ATAS TUDUHAN RASUAH

———————————————————————————————————-

KUALA TERENGGANU, 8 JUN 2022

———————————————————————————————————-

Seorang penolong akauntan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan meminta suapan berkaitan perbekalan alatan pejabat berjumlah RM10,640 tahun lalu. Tertuduh, Sazawati Salleh, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Tertuduh yang merupakan kakitangan di Majlis Daerah Marang (MDM) didakwa menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan pada 12 Januari 2021. Tertuduh didakwa mengambil tindakan dengan mencadangkan sebut harga untuk menjalankan kerja memasang karpet di ruang pejabat dan bilik pegawai bahagian kewangan MDM terbabit bernilai RM10,640 yang secara tidak langsung mempunyai kepentingan dengan suaminya.

Dengan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

NILAI TERAS TADBIR URUS YANG BAIK

‘PENCEGAHAN RASUAH DAN PENGUKUHAN INTERGRITI

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …