PENJENAMAAN SEMULA AIR TUAK KEPADA ‘SWEET NIRA’ MENDAPAT PERMINTAAN TINGGI

————————————————————————————————

MARANG, 8 JUN 2022

———————————————————————————————–

Sweet Nira Terengganu yang dijenamakan semula daripada air tuak kelapa mendapat permintaan tinggi dan berpotensi besar untuk dipromosi ke pasaran luar negara.  Ia memandangkan minuman tersebut mempunyai rasa yang unik dan kandungan mineral tinggi termasuk vitamin, asid amino dan sebagainya.

Selain di Terengganu, produk ini turut dihantar ke Kuala Lumpur, Kuantan dan Melaka. Kerajaan merancang untuk memasarkan produk ini ke semua negeri selepas memperoleh sijil Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia. Setakat ini terdapat 28 pekebun kelapa di negeri ini yang mengeluarkan hampir satu juta liter Sweet Nira setahun dengan pendapatan sekitar RM6.4 juta. Melalui penjenamaan semula ini, ia dapat membantu petani untuk menambah sumber pendapatan mereka dalam industri pertanian dan penanaman kelapa ini.

Terengganu menyasarkan untuk meningkatkan tahap sara diri (SSL) tanaman kelapa kepada 70 peratus menjelang tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Azman Ibrahim berkata ketika ini Terengganu hanya mampu memenuhi 64 peratus keperluan kelapa bagi populasi penduduk yang berjumlah sekitar 1.2 juta orang.

Justeru bagi mencapai sasaran itu, Dr Azman berkata kerajaan negeri sedang mengusahakan projek tanaman kelapa seluas 250 hektar di Setiu dengan kerjasama Ladang Rakyat Terengganu dan anak syarikat kerajaan negeri.

Selain mencapai sasaran ditetapkan, beliau berkata tanaman kelapa juga mampu menjana pendapatan negeri sekali gus menyumbang kepada jaminan bekalan makanan Terengganu.

NILAI TERAS KEUTUHAN EKONOMI

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut