KONSEP “URBAN FARMING FOR LIFE” SEBAGAI SALAH SATU CADANGAN MAIWP TINGKATKAN GAYA HIDUP ASNAF

WP LABUAN – Selain menyalurkan bantuan zakat secara langsung kepada asnaf, MAIWP juga sentiasa mencari jalan untuk membantu asnaf melakukan pekerjaan yang boleh menghasilkan pendapatan untuk menyara keluarga. Membangunkan tanah- tanah MAIWP dengan aktiviti pertanian yang berpotensi tinggi adalah antara senarai matlamat MAIWP untuk asnaf di Wilayah Persekutuan Labuan.
Memandang serius dengan matlamat tersebut, MAIWP merisik maklumat bagaimana pelaksanaan ini boleh dimulakan semasa Kunjung Hormat Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Encik Mohd Nizam Yahya ke Jabatan Pertanian Labuan pada pagi ini. Pelbagai info telah dikongsikan oleh Puan Marysia Modingin, selaku Pengarah Jabatan Pertanian Labuan dalam kunjung hormat tersebut. Kesesuaian tanaman, potensi, kesesuaian tanah, insentif, kepakaran, latihan dan pemantauan antara topik yang dibincangkan.
Turut menyertai kunjung hormat tersebut Pengurus MAIWP Labuan, Us. Md Fadzli Md Saad, Timbalan Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Wan Ahmad Fadhli Shah Wan Mohamad Zain serta pegawai dan kakitangan terlibat.
SUMBER: MAIWP LABUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …