SITUASI SEMASA COVID-19 DI PUTRAJAYA

SITUASI SEMASA COVID-19 DI PUTRAJAYA

(29 Mei 2022 – 4 Jun 2022) – ME 22/2022

Sebanyak 245 kes COVID-19 dilaporkan pada minggu ke-22/2022, menurun 28 kes (10.3%) berbanding 273 kes pada minggu sebelumnya. 83.7% kes adalah daripada saringan bergejala.

244 (99.6%) daripada kes pada minggu ke-22/2022 adalah tidak bergejala atau bergejala ringan (kategori 1 dan 2). Sebanyak 26 kematian dilaporkan di mana dua(2) kematian berlaku pada tahun 2022. Alhamdulillah, tiada kluster aktif pada minggu semasa.

Bagi pencapaian vaksinasi COVID-19 di Putrajaya sehingga akhir minggu ke-22/2022 pula, peratus pemberian dos penggalak di kalangan dewasa (18+ tahun) adalah sebanyak 94.8% dan yang telah lengkap vaksinasi adalah 118.2%. Pemberian vaksin kepada golongan remaja (12-17 tahun) dan kanak-kanak (5-11 tahun) pula telah mencapai masing-masing 99.7% dan 57.9%. PKPj juga telah memulakan pemberian dos kedua kepada kanak-kanak (5-11 tahun) dengan pencapaian 40.6% (11,878).

Terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan iaitu; Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat); Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Lakukan penilaian kendiri sebelum pergi ke tempat-tempat yang hendak dilawati. Segera dapatkan vaksin primer dan penggalak COVID-19 dan teruskan amalan TRIIS (Test, Report, Inform, Isolate, Seek help), segera jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala.

SUMBER: FB ZAINAL ABIDIN ABU BAKAR https://www.facebook.com/zainalabidin.nurain

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut