DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)
Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada 7 Jun 2022 telah mengorak langkah setapak ke hadapan merealisasikan inisiatif hijau yang menyokong ke arah mencapai bandaraya rendah karbon dengan penyediaan stesen pengecasan e-motosikal secara percuma untuk kegunaan orang awam (motosikal berkuasa elektrik sahaja). Sebagai permulaan, sebanyak tiga (3) buah stesen pengecasan telah siap dibina iaitu di Astaka Persiaran Gurney, Kompleks Makanan Medan Renong (Padang Kota Lama) dan Astaka Batu Lanchang.
Manakala enam (6) buah lagi iaitu di Kompleks 1st Avenue, Kompleks MBPP Lebuh Pantai, Kompleks Desiran Tanjung (Tanjong Tokong), Kompleks Sri Selera Bayan Baru, Kompleks Bukit Jambul dan Kompleks Makanan Bukit Gedung bakal disiapkan. Setiap lokasi mempunyai dua (2) lot parkir motosikal awam yang dikhaskan untuk tujuan ini.
YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang menekankan bahawa Majlis melalui Jabatan Penguatkuasaan telah menggunapakai sebanyak 10 unit motosikal berkuasa elektrik sejak tahun 2015. YBhg. Datuk Bandar yakin dengan kepesatan perkembangan teknologi terkini akan menjadikan penggunaan kenderaan berkuasa elektrik meningkat dan sekaligus memelihara alam sekitar.
Sumber: