KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN BERANGKAT KE ISTIADAT MENGHADAP DAN ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BAGI TAHUN 2022

KUALA LUMPUR, 7 Jun 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2022 di Istana Negara, semalam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang kemudian mengiringi Baginda Tuanku berdua ke Peterana Diraja di Dataran Utama, Istana Negara.

Sebaik tiba di Peterana Diraja, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diberi Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama dan serentak itu, lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) dan Panji Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikibarkan diikuti 21 das tembakan meriam.

Seri Paduka Baginda kemudiannya berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dan selesai pemeriksaan, Seri Paduka Baginda sekali lagi menerima Hormat Diraja dan lagu Negaraku berkumandang.

Seri Paduka Baginda berdua kemudiannya diiringi perdana menteri dan isteri, meninggalkan Peterana Diraja ke Dewan Sri Maharaja dan berangkat ke Balairung Seri bagi meneruskan atur cara Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan.

Istiadat ini merupakan satu daripada enam acara yang dijadual berlangsung bermula 2 Jun lepas hingga 10 Jun sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini.

Sumber: Laman FB Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …