33.9 PERATUS KANAK-KANAK DI MALAYSIA LENGKAP DIVAKSIN

Seramai 1,202,212 atau 33.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,733,437 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,914,353 atau 93.7 peratus sudah menerima dua dos vaksin, manakala 3,009,343 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, seramai 16,106,736 atau 68.5 peratus individu dewasa di negara ini menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,981,301 atau 97.7 peratus lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,258,115 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 1,904 dos harian diberikan semalam meliputi 176 dos pertama, 1,287 dos kedua dan 441 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,991,146.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat Covid-19 semalam dengan masing-masing satu kes di Kelantan dan Johor.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut