MALAYSIA SPORTS LEAGUE 2022 PERINGKAT WP LABUAN

WP LABUAN –  Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dengan kerjasama erat Perbadanan Labuan, Majlis Sukan Labuan dan Persatuan Bola Sepak WP Labuan (LAFA) telah melaksanakan Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat W. P. Labuan (Futsal (Lelaki dan Wanita) pada 4-6 Jun 2022 di Gelanggang Futsal Tanjung Purun W.P. Labuan. Pertandingan disertai 32 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Bashir Bin Haji Alias, Ahli Dewan Negara dan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan W. P. Labuan, En. Mohamad Syahffie Bin Hj. Japril, turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak W. P. Labuan, En Sophian Bin Said, En. Mohamad Syazli Bin Rusli, Penolong Pengarah, Khidmat Pengurusan, Perbadanan Labuan dan En. Mohd. Dzulfaizal Bin Ab. Manan.
Johan bagi kedua-dua acara ini akan mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke Malaysia Sport League Peringkat Kebangsaan. Selain dari Futsal, terdapat 4 lagi acara lain yang akan dilaksanakan secara berterusan iaitu Bola Jaring, Badminton, Sepak Takraw dan Bola Keranjang.
SUMBER: JABATAN BELIA DAN SUKAN WP LABUAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …