MAJLIS PERASMIAN PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR – Sekitar Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada 5 Jun 2022. YB Dato Sri Dr Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan bersama YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur turut hadir majlis tersebut yang bertempat di World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Pesta Buku Antarabangsa ini merupakan program di bawah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama enam persatuan penerbit buku di Malaysia.

Program ini akan berlangsung mulai 3 Jun 2022 sehingga 12 Jun 2022 dari jam 10 pagi ke 10 malam.

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

GAMBAR IHSAN: FB DR RADZI JIDIN https://www.facebook.com/DrRadziJidin

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …