MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA DI TAMAN TUGU

Sempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia, telah diadakan satu majlis sambutan anjuran Khazanah Nasional bertempat di Taman Tugu, Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia.

Turut menghadiri majlis tersebut adalah YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abd Aziz, Menteri Kewangan, YB Dato’ Seri Dr Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Lembaga Pengarah Khazanah dan Lembaga Pemegang Amanah Amanah Warisan Negara (AWAN).

 

Didalam majlis ini satu perjanjian penyerahan tanah Taman Tugu daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang diwakili oleh YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur kepada pihak Amanah Warisan Negara (AWAN) yang diwakili oleh YBhg Tan Sri Zarinah Anwar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Awan turut diadakan dan telah disaksikan oleh YAB Perdana Menteri.

Taman Tugu merupakan sebuah taman rimba yang berhampiran dengan Tugu Negara dan telah dirasmikan pada tahun 2018.

Amanah Warisan Negara (AWAN) merupakan sebuah amanah awam negara yang telah diasaskan oleh Khazanah Nasional yang ditubuhkan bertujuan untuk memelihara, memulihara, mengurus dan mengendalikan Taman Tugu.

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

WANITA DORONG PTI MOHON MYKAD GUNA SIJIL KELAHIRAN ANAK DIPENJARA

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 49 tahun yang mendorong pendatang tanpa izin di bawah umur untuk memohon MyKad menggunakan sijil kelahiran …
Maklumat Lanjut

KUALA TERENGGANU, BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu, sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini mempunyai …
Maklumat Lanjut

KETAHUI KEPERLUAN KALORI ANDA

Setiap makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai …
Maklumat Lanjut