APMM LABUAN MENAHAN SEBUAH BOT TUNDA KERANA BEROPERASI DI LUAR KAWASAN DIBENARKAN

WP LABUAN – Sebuah bot tunda bersama sebuah barge telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Labuan kerana beroperasi diluar kawasan yang dibenarkan diperairan Labuan, dua hari lepas.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Nudin Jusoh berkata, semasa rondaan rutin, pasukan operasi telah mengesan sebuah bot tunda dan barge pada jam 12.45 tengahari di kedudukan 1.2 batu nautika dari Labuan.
Hasil pemeriksaan mendapati, bot tunda dan barge berkenaan dikendalikan oleh 4 orang kru warga tempatan termasuk nakhoda berumur lingkungan 28 hingga 53 tahun. Pemeriksaan lanjut keatas dokumentasi vesel terbabit mendapati, bot tunda tersebut disyaki telah melakukan kesalahan kerana berlayar melebihi had pelayaran seperti yang tertulis didalam lesen.
Kawasan operasi yang dibenarkan adalah di kawasan perairan Kudat, Sabah sahaja.
Bot tunda, barge, nakhoda kapal bersama semua kru ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO).
SUMBER: AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

PENGLIBATAN ORANG AWAM DALAM PROGRAM KOMUNITI BERSAMA AGENSI KESELAMATAN MENYUMBANG KEPADA PENCEGAHAN JENAYAH

Jenayah tidak dapat dibendung oleh agensi keselamatan sahaja. Penglibatan orang awam dalam program komuniti bersama PDRM dan agensi berkaitan terbukti …

PERPADUAN DIRAIKAN, KESEJAHTERAAN DINIKMATI

Walau berbeza latar belakang, setiap huluran tangan dan keprihatinan mampu mengeratkan hubungan dan terus menyemai rasa kebersamaan dalam masyarakat. Amalan …

PERPADUAN DIRAIKAN, KESEJAHTERAAN DINIKMATI

Perbezaan bukan penghalang, sebaliknya menjadi kekuatan yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia. Malaysia istimewa kerana kita bersama-sama menyambut pelbagai perayaan …