KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA BAGI TAHUN 2022

KUALA LUMPUR, 3 Jun 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda bagi tahun 2022 di Masjid Wilayah Persekutuan, semalam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Sollehuddin Alyubi.

Majlis yang bermula pada pkul 6.30 petang itu dimulai dengan bacaan Yasin dan diikuti bacaan doa selamat. Seri Paduka Baginda berdua kemudiannya turut menunaikan Solat Maghrib berjemaah.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir sebelum berangkat meninggalkan majlis.

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat adalah sebahagian daripada acara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi tahun 2022.

Sumber: Laman FB Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …