PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH MENGGANTIKAN PT3

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar dan Operasi)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan mulai tahun ini (2022) dan digantikan dengan pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia merangkumi tiga komponen utama iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Menurut beliau, dari segi penambahbaikan PBD Pentaksiran Formatif (berterusan), ia akan memperkasa program latihan untuk pentadbir atau guru bagi memantapkan pelaksanaan pentaksiran berterusan di sekolah. Manakala penambahbaikan PBD Pentaksiran Sumatif, ia melalui pemantapan ujian akhir sesi akademik bagi lima mata pelajaran terpilih di peringkat sekolah rendah dan semua mata pelajaran di peringkat menengah rendah melalui pentaksiran mengikut tahun atau tingkatan, penyediaan bank soalan oleh KPM, penjanaan set soalan oleh guru di sekolah dan pelaksanaan yang lebih fleksibel.

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …