MAJLIS PENUTUP AEON 1000: SUPPLIERS & PARTNERS CONFERENCE 2022

KUALA LUMPUR, 31 MEI 2022 – YB Dato’ Rosol Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna meluangkan masa merasmikan Majlis Penutup AEON 1000: SUPPLIERS & PARTNERS CONFERENCE 2022 di KL Convention Centre.

Persidangan yang mengangkat tema ‘Melahirkan Komuniti Mapan’ ini dilihat sebagai satu inisiatif murni dalam bersama membincangkan dan menetapkan resolusi penting bagi menjamin kelestarian ekosistem dalam rantaian bekalan bagi menangani cabaran isu harga barangan yang memberi impak kepada peniaga dan pengguna. Melalui AEON 1000 ini, pelbagai topik telah dibincangkan dan sesi perkongsian ilmu turut disampaikan oleh pakar industri peruncitan dan ekonomi.

AEON turut mengumumkan inisiatif 100 hari ‘JIMAT POKET’ dengan kerjasama rakan-rakan niaga yang berlangsung dari 1 Jun hingga 16 September 2022 sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kos sara hidup Keluarga Malaysia. Inisiatif ini menampilkan dua pakej menarik iaitu ‘ Bundle RM60’ yang terdiri daripada 15 barangan komoditi dan ‘ Bundle RM100 yang mempunyai 18 barangan komoditi.

Turut hadir, YBhg. Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON Co. Malaysia Berhad, YBrs. En. Shafie Shamsuddin, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif AEON Co. Malaysia Berhad, En Ariffin Samsudin, Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur dan En. Muhamad Hanif Asa’ ari, Pengarah Sekreteriat Pengedaran Perniagaan dan Industri Perkhidmatan.

 

SUMBER: FB KPDNHEP LAMAN RASMIĀ https://www.facebook.com/kpdnhep

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut