TIADA KEPERLUAN PEMBELIAN PANIK KE ATAS UBAT-UBATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta orang ramai tidak membuat pembelian panik atau menyimpan ubat yang tidak diperlukan bagi mengelakkan situasi kekurangan bekalan berkenaan di negara ini, semakin buruk.

Presidennya, Dr Koh Kar Chai, berkata kebelakangan ini berlaku kekurangan bekalan ubat tertentu di pasaran, namun ia bukanlah satu fenomena baharu kerana turut terjadi di seluruh dunia berikutan langkah penutupan sektor sosial dan ekonomi.

Beliau berkata, situasi itu menjadi lebih buruk apabila permintaan semakin bertambah dan tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap ubat-ubatan tertentu disebabkan penularan varian Omicron yang semakin tinggi.

“Situasi ini membuatkan banyak farmaseutikal, pengilang dan pengedar terkejut dengan permintaan yang luar jangka ini. Pihak industri terpaksa membuat pesanan yang lebih tinggi daripada pengeluar di luar negara.

“Untuk pihak pengeluar tempatan, masing-masing sedaya upaya meningkatkan kapasiti pembuatan mereka, namun ia terpaksa bergantung kepada bahan mentah yang diperoleh dari negara lain.

“Disebabkan masalah ini dihadapi oleh seluruh dunia, import kedua-dua produk siap serta bahan mentah terjejas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Berita Harian pernah melaporkan beberapa jenis ubat-ubatan dikesan mengalami kekurangan di pasaran, ia termasuk di klinik swasta berikutan kegagalan pembekal dari luar negara menghantar bekalan bahan mentah mengikut tempoh ditetapkan.

Antara ubat yang didakwa mengalami kekurangan adalah ubat batuk, demam dan antibiotik yang disifatkan penting untuk rawatan harian pesakit, selain ubat untuk merawat penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) disebabkan peningkatan kes itu di seluruh negara.

Dalam pada itu, Dr Kar Chai berkata, pengilang tempatan terpaksa mengehadkan kapasiti masing-masing untuk meningkatkan pengeluaran.

“Bukan mudah untuk meningkatkan pengeluaran hanya untuk mengatasi kekurangan bekalan ubat di pasaran. Selain bahan mentah, kilang juga dibina mengikut spesifikasi tertentu yang mungkin tidak membolehkan sebarang peningkatan mendadak atau besar-besaran.

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

JKDM SABAH RAMPAS MINUMAN KERAS DALAM LIMA KONTENA BERNILAI LEBIH RM1.9 JUTA

RAMPAS: Mohd Nasir menunjukkan rampasan minuman keras semasa sidang media di sini. KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah …
Maklumat Lanjut

DUN SABAH LULUS TIGA RUU

BENTANG: Hajiji ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 pada Persidangan DUN Sabah. KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) …
Maklumat Lanjut

MCMC SEDANG MENGESAN INDIVIDU TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI AI YANG MENYUNTING GAMBAR SEHINGGA MENGAIBKAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL

MCMC SEDANG MENGESAN INDIVIDU TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI AI YANG MENYUNTING GAMBAR SEHINGGA MENGAIBKAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL Suruhanjaya Komunikasi dan …
Maklumat Lanjut