PENGECUALIAN BAYARAN BAGI JEMAAH HAJI BUAT UJIAN COVID-19 DI FASILITI KKM

Ujian pengesanan COVID-19 tindak balas berantai polimerase (RT-PCR) bagi jemaah haji Malaysia yang dilakukan di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) adalah dikecualikan daripada bayaran, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Dilaksanakan secara percuma,” katanya mengumumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy berkata jemaah haji boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Pejabat Tabung Haji Daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR.

Bagi jemaah haji yang memilih untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kesihatan swasta, kos ujian tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh jemaah tersebut mengikut caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta yang dipilih, katanya.

Kerajaan Arab Saudi memperuntukkan kuota haji sebanyak 14,306 orang jemaah haji kepada Malaysia pada tahun ini.

Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua jemaah haji perlu disahkan negatif COVID-19 menerusi ujian pengesanan RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan di Tanah Suci.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

KUALA TERENGGANU, BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu, sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini mempunyai …
Maklumat Lanjut

KETAHUI KEPERLUAN KALORI ANDA

Setiap makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai …
Maklumat Lanjut

ENAM PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA BULAN SYAWAL

Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah. Pada 1 Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan setelah …
Maklumat Lanjut