UJIAN RT-PCR COVID-19 PERCUMA DI FASILITI KKM BUAT BAKAL JEMAAH HAJI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

Ujian saringan RT-PCR COVID-19 bagi bakal jemaah haji di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan diberikan secara percuma. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata bakal jemaah yang membuat ujian saringan itu di fasiliti swasta pula perlu menanggung kosnya sendiri.

Katanya, kerajaan Arab Saudi menetapkan prosedur pencegahan dan pengawalan penyakit yang ketat susulan pandemik COVID-19. Justeru, katanya, Arab Saudi menetapkan bahawa semua jemaah Haji perlu disahkan negatif COVID-19 menerusi ujian RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan di Tanah Suci.

Dengan ini, bakal jemaah yang mendapatkan ujian pengesahan di fasiliti KKM terpilih akan menjalaninya secara percuma. manakala bagi bakal jemaah Haji yang memilih untuk menjalani ujian RT-PCR COVID-19 di fasiliti kesihatan swasta, kos ujian itu perlu ditanggung sepenuhnya oleh jemaah mengikut caj yang dikenakan di fasiliti terpilih itu.

April lalu, Arab Saudi menetapkan kuota haji seramai satu juta bagi musim 2022 yang mana 85 peratus daripadanya untuk jemaah luar.

Jumlah itu memperlihatkan kuota haji Malaysia tahun 2022 adalah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima.

Jemaah Haji boleh menghubungi Pejabat Kesihatan atau Pejabat Tabung Haji di daerah masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara itu termasuklah senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR).

Sumber:

Berita Harian

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …