MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYERAHAN SEMULA DEWAN SERBAGUNA PERBADANAN LABUAN SEBAGAI PUSAT RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)

WP LABUAN – Pada pagi tadi, telah berlangsungnya Majlis Penutupan dan Penyerahan Semula Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan sebagai Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC). Dewan serbaguna tersebut telah menjadi dewan yang sangat berjasa kepada warga Labuan dalam melawan virus Covid-19 sejak dua tahun lepas. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Dr Ismuni Bohari, Pengarah  Kesihatan Negeri WP Labuan. Majlis turut dihadiri oleh Encik Mohd Hafiez bin Mohd Daud, Pengarah Keselamatan Negeri WP Labuan.

Terima kasih diucapkan kepada semua frontliners yang telah bertungkus lumus memastikan pesakit Covid-19 dijaga dengan baik di dewan ini. Sesungguhnya jasa mereka akan dikenang dengan sebaiknya oleh seluruh rakyat di negara ini.

Artikel/Berita Terkini

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …