HARGA MAKSIMUM AYAM, TELUR DILANJUTKAN HINGGA 30 JUN

Penetapan harga maksimum ayam dan telur akan dilanjutkan hingga 30 Jun, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi.

Penentuan harga maksimum ayam dan telur yang berkuat kuasa sejak 5 Feb itu dijadualkan berakhir Ahad ini.

Nanta berkata, Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan pemberian bantuan kepada golongan sasar berpendapatan rendah apabila harga maksimum tidak lagi berkuat kuasa selepas akhir bulan ini.

“Pelanjutan tempoh ini adalah untuk memastikan Keluarga Malaysia bersedia dengan perubahan harga apabila penentuan harga ini berakhir pada 30 Jun 2022 nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa ini, harga ayam dan telur di Semenanjung adalah seperti berikut:

  • Ayam bulat standard: RM8.90/kg
  • Ayam bulat super: RM9.90/kg
  • Telur ayam gred A: RM0.43/biji
  • Telur ayam gred B: RM0.41/biji
  • Telur ayam gred C: RM0.39/biji

Harga bagi barangan ini berbeza-beza di Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, mengikut zon dan daerah.

Nanta berkata, pegawai-pegawai penguatkuasa kementerian akan terus meningkatkan penguatkuasaan setiap hari bagi memastikan bekalan sentiasa stabil dan tiada pencatutan berlaku di pasaran.

“Kerajaan mengingatkan kepada komuniti peniaga supaya sentiasa beretika dalam menjalankan perniagaan dan tidak mencatut untuk mengaut keuntungan yang tidak munasabah.

“Kerajaan juga ingin menyeru agar semua pengguna untuk menggunakan kuasa beli mereka dalam membeli mengikut keperluan dan berbelanja secara berhemah,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …