JPJ PULAU PINANG: ADUAN AWAM LORI TANAH KELUAR MASUK JALAN SUNGAI SEMILANG, JURU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan Ops khas ke atas Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) yang beroperasi di lokasi di Jalan Sungai Semilang, Juru hasil aduan orang awam. Penguatkuasaan diadakan selama 2 hari berturut- turut bermula dari 30 Mei hingga 31 Mei 2022.

Sepanjang penguatkuasaan yang dijalankan, sebanyak 17 buah KPB lori tipper telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, tiada lesen memandu kenderaan barangan (GDL), cermin gelap dan pelbagai kesalahan teknikal seperti tayar haus berlebihan, serta lampu brek dan isyarat tidak berfungsi.

Pemandu dan pengusaha KPB khususnya kenderaan berat adalah dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang berkuatkuasa, serta memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Penguatkuasaan secara berterusan akan terus dilaksanakan di kawasan aduan ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk setempat terjamin selamat serta mewujudkan suasana harmoni di kawasan berkenaan.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …