MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PL DAN SEMARAK AIDILFITRI

WP LABUAN – Majlis Perhimpunan Bulanan PL dan Semarak Aidilfitri yang diraikan serentak pada Isnin telah dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan bersama isteri, YBhg. Datin Seri Shamsiah binti M. Yassin bertempat di Plaza Berpayung, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Turut hadir sama ialah YB Datuk Seri Dr. Santhara J.P., Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Senator Datuk Haji Bashir bin Haji Alias, Ahli Dewan Negara, YBhg. Dato’ Sri Haji Amir bin Haji Hussien, Pengerusi PL, pegawai-pegawai kanan KWP, Ketua-ketua agensi KWP, ketua-ketua Jabatan dan Agensi WP Labuan, pemimpin-pemimpin tempatan, Majlis Belia Labuan, rakan media serta kakitangan PL.
Turut diraikan dalam majlis ini ialah 2 daripada 3 atlet kelahiran Labuan yang telah meraih pingat gangsa dalam Sukan Sea Hanoi baru-baru ini iaitu Nor Azirah Suhaimi (gangsa) dalam acara Sepak Takraw Wanita dan Muhammad Aiqal Asmadie (gangsa) untuk Karate Kumite). Manakala Siti Shazwana Ajak telah meraih pingat perak bagi acara Silat Olahraga Tempur tidak hadir kerana sedang menjalani latihan di Nilai, Negeri Sembilan.
SUMBER: PERBADANAN LABUAN

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut