MAJLIS APRESIASI KUNJUNG SERAH SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) KAFA

KUALA LUMPUR – Majlis Apresiasi Kunjung Serah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) KAFA di Masjid Zubair Al-Awwam, Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 31 Mei 2022. Turut sama adalah YBhg. Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan En. Husaini Hussein, Ketua Unit Kaunseling Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mewakili Pengerusi MAIWP.

Program ini adalah manifesto yang menzahirkan inisiatif yang dijalankan oleh YBM (HEA) dengan kolaboratif antara JAWI dan MAIWP bagi bantuan Skim Pinjaman Buku Teks yang antara lain bertujuan untuk mengatasi masalah keciciran dalam pembelajaran di kalangan murid KAFA di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan selain mampu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan keperluan pembelajaran anak-anak.

Seramai 12,221 murid KAFA JAWI Tahun 1 dan 2 seluruh Wilayah Persekutuan telah menerima bantuan Skim Pinjaman Buku Teks KAFA meliputi 46,550 naskah buku SPBT KAFA yang terdiri daripada tujuh (7) subjek iaitu, Adab, Aqidah, Bahasa Arab, Ibadah, Sirah, Tilawah Al-Quran, Jawi dan Khat telah diedarkan ke seluruh Wilayah Persekutuan dengan perbelanjaan peruntukan berjumlah RM691,005.00 menerusi wang zakat MAIWP.

Dalam majlis yang sama YBM (HEA) turut meminta JAWI agar membuat semakan dan pemetaan semula kurikulum Sekolah Rendah Agama JAWI yang sedia ada bagi menambahbaik kurikulum agar anak-anak didedahkan dengan situasi semasa yang berlaku dan mampu bersaing di persada pendidikan tanah air.

Besarlah harapan YBM (HEA) agar sistem pendidikan Islam di Wilayah Persekutuan bersifat dinamik, pragmatik dan realistik demi kemenjadian murid-murid dalam memastikan kualiti Pendidikan Islam sentiasa dipertingkatkan. Semoga usaha sinergi antara JAWI dan MAIWP akan dapat membantu memperkukuhkan pembelajaran anak-anak Islam di Wilayah Persekutuan khususnya.

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI   https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …