KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT ANJURAN JAWI

KUALA LUMPUR, 1 JUN 2022 – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI telah menganjurkan Kelas Tafaqquh Munakahat kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Bil. 2/2022 bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Ceramah bertajuk “Persoalan Wali Pernikahan dan Iddah Wanita Menurut Mazhab Imam Syafii” telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi bin Muharam, Penceramah “Tahsinul Ibadah” Radio IKIM.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar berkaitan isu-isu munakahat. Program kali ini telah dihadiri lebih 80 orang peserta dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Turut hadir sama dalam program ini ialah YBrs. Tuan Rozimi bin Zamri selaku Ketua Pendaftar yang sebelumnya telah menyampaikan panduan dan nasihat kepada para peserta mengenai isu-isu yang berkaitan pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan.

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …