SUKARELAWAAN KUALA LUMPUR

Pelawaan menyertai Sukarelawan Kuala Lumpur

Warga kota adalah dijemput untuk menyertai program ini dengan memenuhi syarat seperti berikut:

SYARAT PENYERTAAN:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 tahun ke atas.

Warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terutama kumpulan belia dijemput menyertai Sukarelawan Kuala Lumpur dalam persiapan menghadapi ‘Banjir Kilat’ di musim yang tidak menentu ini.

Petugas sukarelawan akan dibayar saguhati berjumlah RM50.00 bagi setiap kehadiran sesi kerja-kerja bantuan bencana alam yang disertai.

Satu sesi taklimat berkenaan Sukarelawan Kuala Lumpur akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 1 Jun 2022 (Rabu)

Masa : 2.30 petang

Tempat: Dewan Komuniti Taman Ibukota, Kuala Lumpur

https://maps.app.goo.gl/hLvkbHVqjXkueVHK8

Kepada yang berminat, mempunyai kesihatan yang baik dan mempunyai masa lapang atau yang sedang menunggu peluang pekerjaan, dialu-alukankan untuk menyertai program ini.

Sila lengkapkan butiran google form seperti dilampirkan.

https://forms.gle/BY1QUKR28SKWcqSH9

#klbandarku

#klbandaruntuksemua

#kl50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …