JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA @TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 1 Jun 2022 – Karnival Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) bakal berkampung di Terengganu bermula 2 sehingga 4 Jun 2022 (Khamis sehingga Sabtu) sebagai destinasi keempat selepas Johor, Perlis dan Sabah. Program yang merupakan kesinambungan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia itu membawa fokus utama ‘Keluarga Malaysia Keluarga Berilmu’ dengan Kementerian Pendidikan dipilih menjadi kementerian peneraju bagi penganjuran kali ini.

JAKM akan berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus dengan membawa objektif memastikan semua rakyat dapat menghayati konsep Aspirasi Keluarga Malaysia dengan lebih jelas selaras manifestasi usaha dan komitmen kerajaan dalam memenuhi keperluan serta kehendak rakyat.

Porgram ini dianggap sangat penting bagi kerajaan Terengganu kerana ini merupakan ruang dan peluang yang ada untuk sama-sama membentuk satu keluarga Malaysia dan juga menghidupkan kembali ekonomi seluruh anggota masyarakat setelah kita berdepan pandemik sejak dua tahun lamanya.

Kerajaan negeri amat teruja dengan penganjuran JAKM dan berusaha untuk memaksimakan kehadiran dikalangan pengunjung, setakat ini persiapan diketuai kementerian peneraju iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia berjalan lancar.

Datanglah beramai-ramai ke JAKM kerana pelbagai tarikan dirancang untuk pengunjung terutama penglibatan kementerian dan jualan yang menjadi tumpuan pada program ini. Terdapat karnival kerjaya, jualan, dan pada salah satu malam ada Kuala Terengganu Berselawat, sebagai satu pengisian jasmani dan rohani dalam memenuhi keperluan hidup bekeluarga.

‘NILAI TERAS KESEPADUAN NASIONAL’

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …