OPERASI MEROBOH STRUKTUR BINAAN DI ATAS RIZAB JALAN DI KG. AYER ASAHAN, BATU 11 MUKIM LAWANG, TANAH MERAH

 

Operasi ini melibatkan lima (5) binaan yang bercantum telah dirobohkan dalam tempoh operasi selama lebih kurang 1 jam. Binaan yang terlibat adalah satu (1) kedai makan, satu (1) rumah kediaman dan tiga (3) lagi bangunan terbiar. Pihak pejabat mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang operasi ini berjalan. Operasi tamat tepat jam 11:15 pagi.
Warga Jajahan Tanah Merah dinasihatkan agar tidak melanggar undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara, Seksyen 425 dengan membina struktur binaan haram di atas tanah kerajaan mahupun tanah rizab. Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima ratus ribu ringgit (RM500,000), atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun.

Artikel/Berita Terkini

INFO KESIHATAN: GULA BUAH-BUAHAN LEBIH BAIK BERBANDING GULA PROSES

Gula yang kita ambil setiap hari seperti dalam minuman dan makanan merupakan sejenis gula yang telah diproses. Antara jenis-jenis gula …
Maklumat Lanjut

TAPAK PELUPUSAN SAMPAH KAMPUNG SUNGAI IKAN, TERENGGANU TERBAKAR.

Operasi memadam lebih 75 peratus kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu sedang giat dijalankan. Pengarah …
Maklumat Lanjut

TAKLIMAT KERJA UKUR POST-MONSOON BAGI PENGUMPULAN DATA HIDOGRAFI DI MUARA SUNGAI GOLOK

Program usahasama Malaysia Thailand. Tarikh : 25/4/2025 Masa : 10.00 pagi Tempat : Imigresen Thailand dan lawatan ke pesisir muara …
Maklumat Lanjut