KL BIG BAND

Ayuhhh kita sama² saksikan KL Big Band pada 4 Jun 2022 (Sabtu) jam 8:30 malam di Jalan Raja, Kuala Lumpur (Dataran Merdeka). Persembahan ini sebagai tanda penghormatan kepada negeri Sabah dan Sarawak yang meraikan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak.

KL Big Band akan menampilkan ahli-ahli muzik Orkestra Kuala Lumpur yang menengahkan alat-alat muzik berunsurkan tiupan iaitu trumpet, trombone dan saxophone. Residen artis seperti Oyent dan Farhana akan menjadi penyanyi utama untuk konsert kali ini dengan penampilan artis jemputan yang berasal dari bumi Kenyalang dan negeri di bawah bayu iaitu Ayu Damit dan Pat Candy. DJ Sonic, yang merupakan anak jati Sarawak pula akan mengacarakan konsert ini.

Jangan lupa janji temu kita untuk menyaksikan konsert ini!

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …