SITUASI SEMASA COVID-19 WP PUTRAJAYA

SITUASI SEMASA COVID-19 DI PUTRAJAYA

(22 Mei 2022 – 28 Mei 2022) – ME 21/2022

Sebanyak 273 kes COVID-19 dilaporkan pada minggu ke-21/2022, menurun 23 kes (7.8%) berbanding 296 kes pada minggu sebelumnya. 75.5% kes adalah daripada saringan bergejala.

272 (99.6%) daripada kes pada minggu ke-21/2022 adalah tidak bergejala atau bergejala ringan (kategori 1 dan 2). Sebanyak 26 kematian dilaporkan di mana dua(2) kematian berlaku pada tahun 2022. Alhamdulillah, tiada kluster aktif pada minggu semasa.

Bagi pencapaian vaksinasi COVID-19 di Putrajaya sehingga akhir minggu ke-21/2022 pula, peratus pemberian dos penggalak di kalangan dewasa (18+ tahun) adalah sebanyak 97.4% dan yang telah lengkap vaksinasi adalah 118.2%. Pemberian vaksin kepada golongan remaja (12-17 tahun) dan kanak-kanak (5-11 tahun) pula telah mencapai masing-masing 99.5% dan 57.3%. PKPj juga telah memulakan pemberian dos kedua kepada kanak-kanak (5-11 tahun) dengan pencapaian 39.2% (11,238).

Terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan iaitu; Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat); Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Lakukan penilaian kendiri sebelum pergi ke tempat-tempat yang hendak dilawati. Segera dapatkan vaksin primer dan penggalak COVID-19 dan teruskan amalan TRIIS (Test, Report, Inform, Isolate, Seek help), segera jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala.

Program PICKids telah dilanjutkan ke 31 Mei 2022. Selepas daripada tarikh berkenaan, kanak-kanak yang telah berusia 5 tahun hingga bawah 12 tahun tidak boleh lagi mendapatkan vaksin COVID-19 secara percuma di bawah PICKids.

Pilihlah untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 untuk anak anda supaya mereka mendapat perlindungan daripada jangkitan teruk dan komplikasi penyakit COVID-19.

 

Pegawai Kesihatan WP Putrajaya
30 Mei 2022
SUMBER: FB ZAINAL ABIDIN ABU BAKAR https://www.facebook.com/zainalabidin.nurain

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut