KURIKULUM YIK DIGUNA PAKAI DI SEKOLAH LUAR NEGARA

 

KOTA BHARU – Kurikulum pendidikan yang dibangunkan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) diguna pakai di 11 sekolah di luar Kelantan dan dua sekolah di luar negara iaitu di Kemboja sejak tahun 2000 lagi.
“Ini menunjukkan bahawa kurikulum YIK antara yang terbaik kerana menjadi rujukan pihak luar terutamanya bagi kategori sekolah swasta atau persendirian, malah sekaligus membuktikan bahawa pendidikan di Kelantan menjadi agenda utama Kerajaan Negeri dalam usaha membina tamadun Rabbani.”
Demikian menurut Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan ketika dihubungi semalam.
Berhubung perkara yang sama, Timbalan Pengarah (Kenaziran) YIK, Ustaz Sukeri Hussin berkata 11 sekolah tersebut ialah lima di Selangor, tiga di Terengganu, dua di Johor dan satu di Melaka.
“Semua sekolah yang terlibat akan dibekalkan buku teks dan bagi peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) pula dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan YIK termasuklah diurus setia dan dikawal selia oleh Bahagian Penilaian dan Peperiksaan YIK,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya lagi, YIK juga menyediakan buku manual Maahad Tahfiz yang telah dipatenkan sebagai harta intelek dan boleh diguna pakai oleh pihak luar setelah mendapat kebenaran daripada YIK.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut