1 RAMD DIJEMPUT KE ISTANA BUCKINGHAM, LONDON

KUALA LUMPUR: Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) dijemput menyertai Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Sempena Pemerintahan Her Majesty The Queen selaku Pemerintah Tertinggi United Kingdom yang akan berlangsung di Istana Buckingham, London pada 5 Jun 2022.

Kontinjen daripada 1 RAMD yang terdiri daripada seorang pegawai dan 10 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) akan mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyertai perbarisan tersebut.

Acara send off dilaksanakan oleh Penolong Pegawai Memerintah 1 RAMD di hadapan Markas Batalion selepas menyampaikan amanat dan nasihat serta sumbangan kepada kontinjen sebagai saguhati supaya memberikan persembahan terbaik semasa perbarisan di sana.

Sebagai makluman tambahan, kontinjen akan berada di London mulai 30 Mei hingga 7 Jun 2022 dan akan menginap di Army Training Centre Pirbright.

Pelaksanaan aktiviti sebegini sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pengukuhan Hubungan Pertahanan.

– Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja

SUMBER: FB BERITA TENTERA DARAT https://www.facebook.com/BTDMOnline/

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …