JAS PULAU PINANG: PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAN PEMBAKARAN TERBUKA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran telah dijalankan di kawasan Perindustrian Bayan Lepas Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4, mendapati tiada pencemaran alam sekitar dan pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) cawangan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Pemantauan, rondaan pencegahan pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka di laksanakan di kawasan perumahan dan komersial telah dijalankan di sekitar Sungai Tiram, Teluk Kumbar, Sungai Ara, Relau, Bukit Jambul, Bukit Gambir, Jelutong, Minden, Gelugor, Batu Uban, Sungai Dua, USM, Sungai Nibong, Persiaran Queensbay, Persisir Pantai Seagate dan Bayan Baru, mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan.

Orang awam adalah diingatkan kesalahan pembakaran terbuka akan terus diambil tindakan kompaun. Pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

 

Sumber:

Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …