MAJLIS PERASMIAN ROBINA ECO PARK FASA II

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Taman Robina, Teluk Air Tawar, SPU, 30 Mei 2022 – Pembangunan Robina Eco Park merupakan salah satu usaha MBSP dalam merealisasikan Penang2030 : A Family-Focused, Green and Smart States That Inspired The Nation di bawah Tema A dengan tumpuan kepada aspek pembangunan dan pencapaian kualiti hidup yang tinggi iaitu mempelbagaikan kemudahan rekreasi, sukan dan seni termasuk warisan dan budaya. Pembangunan Robina Eco Park meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan.

Tarikan utama Robina Eco Park adalah :
1. Persisiran pantai sepanjang lebih kurang 1 kilometer yang cantik serta menghadap pulau dan boleh diakses orang ramai;
2. Pantai Robina Eco Park merupakan tempat pengunjung menikmati panorama matahari terbenam; dan
3. Sudut fotografi yang mempunyai lukisan mural potret pemimpin tempatan dan juga mural flora dan fauna yang dilukis oleh artis tempatan.

Majlis Perasmian Robina Eco Park Fasa 2 pada 29 Mei 2022 ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Ia turut dihadiri oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Dato’ Dr Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Datuk Azhar Arshad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai, YBrs. Tuan Zulkifli bin Rashid, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara.

 

Sumber:

Pejabat SUK Pulau Pinang