PROGRAM FIT LESTARI RAYA 2022 DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Tingkah Laku Sosio-Budaya)

BATU UBAN, 30 Mei 2022- Kelab Senamrobik Lestari dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah menganjurkan Fit Lestari Raya 2022 pada 29 Mei 2022. Program senamrobik berkenaan disertai oleh seramai 75 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur.

Bermula dari jam 5.00 petang, Dewan Serbaguna Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah mula digegarkan dengan alunan muzik yang rancak dan bertenaga dan pastinya menaikkan semangat para peserta untuk bersenam.

Semenjak negara ini beralih ke fasa endemik, semakin banyak NGO’s mula kembali aktif menjalankan aktiviti sukan dan kecergasan dan secara tidak langsung merancakkan semula sektor sukan, rekreasi dan sosial negara.

Sumber:

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …