IQSB JANA RM50 JUTA SETAHUN, SUMBANG CSR LEBIH RM5 JUTA

 

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada Infra Quest Sdn Bhd (IQSB), anak syarikat Perbadanan kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kerana berjaya berperanan sebagai pemain utama penyedia infrastruktur telekomunikasi di negeri ini dan antara penyumbang tegar dalam bentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada kerajaan negeri dan rakyat Kelantan.
Ustaz Dato’ Ahmad turut memuji IQSB pimpinan Ketua Pegawai Operasinya, A’sri Che Ali yang bermula dengan 10 kakitangan dan kini berkembang maju dengan kekuatan terkini 20 kakitangan dengan pelbagai kepakaran dan berjaya menjana sehingga RM50 juta pendapatan setahun.
Syarikat tersebut diberikan konsesi sebagai badan penyelaras ‘One Stop Agency’ (OSA) yang berkhidmat untuk menguruskan perancangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan infrastruktur telekomunikasi di Kelantan dengan mematuhi garis panduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Bermula daripada 29 menara sahaja pada peringkat awal, IQSB yang ditubuhkan pada 23 Januari 1997 itu, sekarang mengendalikan 345 struktur telekomunikasi termasuk lampole, monopole dan terkini Rapid Deployment Structure (RDS) di seluruh jajahan sehingga memperolehi keuntungan terkumpul melebihi RM100 juta sejak 25 tahun beroperasi.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …