KELANTAN BELANJAKAN RM1.05 JUTA NAIKTARAF TEMPAT REKREASI

 

KOTA DARULNAIM – Projek naiktaraf tempat rekreasi di bawah peruntukan agenda Kelantanku Bersih bagi tahun 2021 telah merekodkan perbelanjaan RM 1.05 juta atau nilai yang tepatnya ialah RM 1,055,445.
Rekod perbelanjaan tersebut telah dikeluarkan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Kelantan yang melibatkan 20 projek naiktaraf tempat rekreasi di tujuh buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tahun lepas bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada masyarakat untuk melakukan aktiviti.
Antara projek naiktaraf tempat rekreasi yang terlibat pada tahun 2021 ialah projek menaiktaraf infrastuktur awam di Pantai Melawi, Bachok dengan kos RM381,920, projek menaiktaraf trek lalulintas bagi trek jogging di Taman Al-Fursan Kota Bharu dengan kos RM65,500 dan projek menaiktaraf gerai di Taman Tasik Krai di Kuala Krai dengan kos RM60,000.
Justeru, bagi meneruskan agenda Kelantanku Bersih, peruntukan RM11.2 juta turut dibentangkan dalam belanjawan Negeri Kelantan 2022 yang telah diumumkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan pada 2 Disember lalu bagi melaksanakan program kebersihan, menaiktaraf kemudahan awam PBT, membina dan menaiktaraf kemudahan pusat rekreasi dan pelancongan serta menaiktaraf pusat pelupusan sampah.
Bagi projek naiktaraf tempat rekreasi khususnya, Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Kelantan merekodkan RM757,830 diperuntukkan bagi tahun 2022 yang membabitkan beberapa projek di PBT, antaranya ialah di Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Majlis Daerah Gua Musang (MDGM), Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) dan Majlis Daerah Bachok- Bandar Pelancongan Islam (MDB-BPI).
“Jagalah harta awam dan kebersihan dengan baik, kerana sesungguhnya agama juga menuntut kita untuk menjaga kebersihan kerana ianya melambangkan sebahagian iman seseorang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …