3 RIBU PENONTON SAKSIKAN TAYANGAN PERLAWANAN AKHIR UEFA

 

KOTA BHARU – Tiga ribu penonton membanjiri perkarangan Pasaraya Mydin Mall, Tunjung untuk menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah (UEFA) anjuran Urus Setia Belia, Sukan dan NGO (UBeS), semalam.
Exco Sukan Negeri, YB Wan Roslan Wan Hamat berkata tayangan tersebut bertujuan mengaktifkan aktiviti untuk para belia selepas sekian lama tidak dapat menonton perlawanan bola scara terbuka berikutan pandemik COVID-19.
Beliau turut memaklumkan kerajaan akan mula membangunkan Kompleks Sukan Bukit Merbau pada penghujung tahun 2022 atau Januari 2023 merangkumi kompenan stadium utama, stadium hoki dan lapang sasar.
“Kita juga bercadang untuk membangunkan sekolah sukan di Bukit Merbau. Manakala
Pusat akuatik pula bakal dibina di Madinatul Salam, Tiong dengan kos RM20 juta”, katanya.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …