KUALA LUMPUR, 27 Mei 2022 – YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri turun padang ke Kaunter Pasport Jabatan Imigresen W.P Kuala Lumpur yang bertempat di Kompleks Mini KDN, Jalan Duta.
YB Dato’ Seri juga memantau proses permohonan & memperbaharui pasport yang sesak akibat peningkatan permohonan luar jangka selepas pembukaan sempadan negara selepas menuju ke fasa endemik.
Jabatan Imigresen juga telah melanjutkan waktu pembukaan pejabat pasport sehingga 10.00 malam di kawasan tumpuan seluruh negara bagi memastikan proses permohonan pasport berjalan lancar. Orang ramai dinasihati untuk mengisi permohonan pasport secara online di https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport…
Turut hadir sama YBhg Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha KDN, YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah Imigresen dan Pegawai-pegawai Kanan KDN serta Jabatan Imigresen Malaysia.
#KeselamatanTanggungjawabBersama
Sumber : FB KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri