FORUM VOLVO GROUP DAN JPJ : PERSEDIAAN MALAYSIA KE ARAH KENDERAAN ELEKTRIK

PUTRAJAYA – Satu forum antara Syarikat Kenderaan Volvo Group dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah diadakan di Hotel Le Meridian, Putrajaya pada 24 Mei 2022 yang lalu.

YBhg Dato’ Zailani Hj. Hashim, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia yang hadir sebagai salah seorang panel jemputan, membincangkan tentang kesediaan Malaysia ke arah penggunaan kenderaan elektrik. Menerusi forum itu, YBhg. Dato’ Zailani Hj. Hashim menegaskan usaha menggunakan kenderaan seperti bas elektrik merupakan inisiatif yang baik dalam memastikan kelestarian alam sekitar selain menekankan prosedur kelulusan kenderaan yang dilaksanakan oleh JPJ iaitu Vehicle Type Approval (VTA).

Jelasnya, VTA merupakan prosedur wajib bagi memastikan setiap model kenderaan baharu sama ada kenderaan pemasangan tempatan (CKD) atau kenderaan yang diimport (CBU) mencapai tahap piawaian keselamatan yang ditetapkan seperti tertakluk di bawah Seksyen 66(1)(pp), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berdasarkan ketetapan di bawah prosedur Vehicle Type Approval, mana-mana kenderaan elektrik di bawah kategori kenderaan penumpang dan kenderaan perdagangan hendaklah mematuhi Peraturan UN tambahan iaitu UN R100 – Electric Power Train Vehicle, manakala untuk motosikal elektrik hendaklah mematuhi Peraturan UN R136 atau MS 2413 – Electric Motorcycle.Untuk rekod, sejak 2014 hingga 2022, sebanyak 197 buah kenderaan elektrik telah melepasi prosedur VTA.

Turut serta sebagai Panel ialah Naib Presiden Volvo Bus Corporation, David Mead, dan Pengarah Pemasaran AAB, Thian Wai Hiew. Hadir sama mewakili Bahagian Kejuteraan Automotif JPJ, Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ, YBrs. Tuan Ir. Mohd Yusop Mohamad.

 

SUMBER: FB JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA  https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut