PROGRAM USAHAWAN BELIA: BASIC BARBER & SALON

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) telah mengadakan Program Usahawan Belia – Basic Barber & Salon pada 26 – 29 Mei 2022 dengan kerja sama Kolej Aimi Academy.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah JPKKB dan disertai oleh 25 Peserta terpilih yang terdiri daripada belia beliawanis PA/PPR dan komuniti Kuala Lumpur. Program ini dijadualkan berlangsung selama 4 hari dan setiap peserta diberikan kit alatan gunting rambut sebagai insentif bagi memanfaatkan kemahiran yang diperolehi selepas tamat program.

Tujuan Program ini diadakan adalah sebagai salah satu inisiatif untuk membantu ekonomi warga belia di Kuala Lumpur dalam pencarian peluang pekerjaan serta membantu mereka dalam bidang perniagaan gunting rambut dan salon.

Program berteraskan penjanaan ekonomi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan akan melibatkan lebih ramai belia di Kuala Lumpur.

 

#klbandarku

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …