CERAMAH KESEDARAN KITAR SEMULA

??????? ????????? ????? ?????? ??????? ??????? ?????? ?????????, ??????????? ??? ?????????? ?????? ??????? ???????? ?????? ?????? (???) ?????????

KUALA LUMPUR, 25 MEI 2022 – SWCorp Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya telah dijemput oleh Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya untuk menyampaikan ceramah dan pameran Kesedaran Kitar Semula sempena Program Minggu Kesedaran, Kelestarian dan Pengurusan Risiko di bertempat di Auditorium IKN dan Lobi Pesakit Dalam IKN Putrajaya anjuran agensi tersebut.

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Normazalina binti Othman, Pegawai Pendidikan Masyarakat SWCorp Wilayah Persekutuan. Usai taklimat, SWCorp Wilayah Persekutuan telah mengadakan sesi serahan tong kitar semula sebagai galakan kesedaran kitar semula di pejabat (Pejabat Sifar Sisa – PESIS) kepada IKN. Semoga fasiliti yang diedarkan ini dapat dimanafaatkan dan digunakan dengan sebaik-baiknya oleh warga kerja dan pelawat IKN.

Selain itu, Perbadanan Putrajaya juga turut sama mengadakan aktiviti seperti pameran dan booth Kesedaran Kitar Semula.

 

SUMBER: FB SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN  https://www.facebook.com/SWCorpWilayahPersekutuanKualaLumpurDanPutrajaya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …