KUALA LUMPUR, 26 MEI 2022 – SDG Centre Kuala Lumpur telah menerima lawatan daripada Mr.Michel Mouchiroud, Deputy Head Of Regional Team For Asia & Pasific, European Union (EU).
Di dalam pertemuan ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah berkongsi usaha dan projek berkenaan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang telah dijalankan serta berbincang berkenaan kerjasama yang boleh dilakukan bagi projek atau program yang berkaitan dengan SDG.
Perbincangan juga menjurus kepada usaha-usaha untuk merakyatkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan cadangan projek usahasama antara Kuala Lumpur dan negara-negara ahli dalam EU.
Mewakili DBKL adalah YBrs Encik Mohd Yushanizar bin Md Yusof, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya. Turut hadir bersama adalah wakil-wakil dari Urbanice Malaysia selaku rakan strategik DBKL.
SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u